Isnin, 21 Ogos 2017

# Coretan # Quotes

Pesanan Universiti

Assalammualaikum and Hye Bloggers !

(teringin nak ada meja belajar macam ni)


Aku merupakan salah satu penuntut Universiti di salah satu IPTA di Malaysia. Baru-baru ni ada sedikit isu mengenai kenaikan yuran universiti aku untuk semester ni berbanding semester lepas. Isu tu akhirnya reda selepas MPP memberi penjelasan yang bagi aku cukup mudah difahami ke mana sebenarnya wang itu digunakan. 

Ok, aku tak mau bahas sangat isu ni. Lets move !. Memandangkan baru-baru ni keputusan UPU baru keluar dan tak lama lagi pelajar-pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran tu akan mula melangkah ke alam universiti, jadi aku nak bagi sedikit pesan untuk anda dan termasuklah diri saya sendiri juga apabila berada di alam universiti, (aku tak panggil "tips" sebab aku ni tak layak bagi "tips"dekat orang) HAHA.

Kita dah masuk U ni, dan juga sudah bayar ribu-ribu ni aku harap la :

 1. Jangan escape kelas (kalau dekat U aku ni,3 kali escape kelas dah tak boleh ambil final exam).

2. Jangan suruh kawan sign kan kehadiran anda (dalam hidup kita perlu jujur kalau nak hidup kita tu berkat)

3. Jangan jadi free rider (aku dah ramai jumpa orang macam ni, lepas tangan dalam buat esaimen.Kalau taktau tanya, jangan diam saja 😡)

4. Jangan study last minute (ni pesanan untuk diri aku juga 😅, susah wei study last minute. Aku dah insaf)

5.  Jangan jadi mahasiswa 3K "Kuliah,Kafe,Katil" (tujuan utama kita masuk U ni kan untuk belajar, tapi janganlah jadi ulat buku sangat. Rajinkan diri juga join program-program anjuran kelab dalam universiti tu, yang penting kita dapat menimba sedikit pengalaman untuk kita guna juga dalam alam pekerjaan kita)

6. Jangan sombong (walaupun kau pandai dan dah dekan setiap sem, janganlah sombong dengan rakan-rakan yang lain, jangan tamak ilmu anda, manatau dalam diam mereka mendoakan anda. HIDUP ITU IBARAT RODA, kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Kita taktau) 

6. Jangan lupa call mak ayah (walaupun kau busy macam mana pun, jangan lupa luangkan masa call mereka walaupun sekejap. INGAT! tanpa mereka siapalah kita)

7. Last but not least, Jangan lupa Solat (solat tu sangat-sangat penting, jangan jadikan alasan anda busy untuk tinggalkan solat)

Enjoy zaman Universiti anda tapi jangan lupa tujuan utama kita masuk U. Percayalah, nanti kita dah kerja, zaman Universiti adalah zaman yang  paling kita akan rindu.

Aku rasa ni jelah pesanan yang aku boleh bagi, takmau panjang-panjang. Kalau ada yang nak tambah boleh tambah di komen kat bawah ye 😉. Lepas ni kalau aku rajin nak cerita pasal "pesan untuk menjadi roommate/housemate yang berjaya" HAHA.

"Enjoy the little things in life, for one day you'll look back and realize they were the big things"
-Robert Bmult-


Sekian coretan hari ini
L.Y

9 ulasan:

  1. Nice sharing ^^ ..part tugasan kumpulan dgn kehadiran tue yg aku slalu kena hahaha xD
    Penat nie huhu TT^TT

    BalasPadam
  2. Ha.bab solat paling utama.bz mcm mana pon solat awal

    BalasPadam
  3. kawan yang minta sign kan kehadiran dan free rider memang menguji kesabaran.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat2 menguji kesabaran kita kan sis? Haihh..

      Padam
  4. tq for sharing.. rabia sambung diploma penjagaan & pendidikan awal kanak2 bulan 1o ni.berdebar lah pulakk..hehe.

    BalasPadam
  5. waa. tahniah, bakal cigu tadika, GOOD LUCK !

    BalasPadam
  6. heheh..sebelum ni mmg dah kerja guru tadika dah

    BalasPadam