Khamis, 25 Januari 2018

Moment ?

Januari 25, 2018 0 Comments
Assalammualaikum and Hye Bloggers !


Lama sangat baru aku start tulis new entry lagi kan? Lebih 4/5 bulan juga. Aku masih disini, masih lagi cari benda yang aku nak buat sebagai entry dan actually banyak sangat benda yang aku nak kongsikan selama 4/5 bulan aku senyap ni. Dan yang paling aku excited, aku nak share one of my best memory ever. What? I meet my IDOL !!!! Who? Tunggu kalau aku rajin nak tulis. Hehe.

Ok, basically sekarang aku tengah cuti semester 5 selama 3 minggu (cepatnya) dan berbaki 1 semester lagi aku untuk menempuh zaman universiti ni dan juga masih berbaki 1 semester lagi untuk aku enjoy dengan kawan-kawan, berfoya-foya bersama-sama, assignment sama-sama, gosip sama-sama dan banyak lagilah. Alhamdulillah aku diberikan rezeki untuk sambung belajar, so, aku ada memori zaman belajar yang akan aku kenang sampai bila-bila (cliche) Insha Allah.

Semester 5 ni secara overall aku rasa oklah. Sem yang aku rasa stress sikit sebab assignment yang killer, sem yang aku rasa aku boros sikit, sem yang aku rasa aku dapat ramaaaii kawan baru dan sem yang aku pemalas sikit. HAHA. Sem 6 and the last semester in my degree life, aku harap semuanya akan berjalan lancar, dipermudahkan segalanya walaupun semester depan adalah semester yang aku rasa antara paling banyak komitmen yang aku perlu jaga, beberapa program yang aku perlu pegang dan juga internship. HUHU. Semoga semuanya dipermudahkan.


Sekian coretan hari ini
L.Y



Ahad, 17 September 2017

No Internet, No Life ??

September 17, 2017 2 Comments
Assalammualaikum and Hye Bloggers !


Aku dah lama tak post something di blog aku ni kan?  Ho ho. So, aku nak cerita sikit minggu lepas aku baru ja check in to my hostel. Blok baru, tingkat baru, rumah baru, rumet baru, housemate baru tapi masih kolej kediaman yang sama. So, semua baru kan? Termasuklah kehidupan internet yang baru.

Apa yang aku maksudkan dengan kehidupan internet yang baru? Meh aku nak luah sikit. BILIK AKU YANG BARU TAKDA LINE WEI !!! 😭 Ya, memang lansung takda line, No Service lansung. Wifi pun tak sampai bilik aku. Yang aku sedih ini final year aku di universiti dan aku dapat bilik macam tu. Apabila line kau keja ada kejap takda, information through wassap group biasanya aku akan ketinggalan.

Salah satu cara aku tak nak ketinggalan adalah aku perlu duduk di tangga/bertenggek di depan pintu rumah untuk dapatkan line. Takkan aku nak 24 jam duduk kat tangga tu? Memang taklah. Lepas aku dah cari line semua tu, aku masuk bilik. Dan dah masuk bilik, aku taktau apa aku nak buat. HAHAHA. Kalau sebelum ni nak kata handphone sentiasa dekat tangan, kalau boring dekat bilik scroll fb,scroll insta sambil baring kat katil. Tapi itu DULU. Sekarang? kalau aku boring, aku dengar lagu, scroll wassap lama, scroll gambar lama.

Exactly, aku pernah experience macam ni sebelum ni. Handphone lansung NO Service. Masatu aku join sukarelawan di salah satu kampung pendalaman ni selama 3 hari 2 malam. Lansung takda line, dan aku berfikir macam mana orang kampung sana dapat hidup tanpa adanya jaringan internet? HEBAT bagi aku. Masatu memang lansung tiada line dan disebabkan tiada line tu, dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami para sukarelawan. Tiada yang sibuk balas Whatsapp, tiada yang sibuk buat Insta story, tiada yag sibuk call pakwe/makwe. Dah namanya pun sukarelawan kan, so hidup tanpa line untuk masa 3 hari tu membuatkan aku berfikir"tak mati pun kalau takda line ni"

Tapi, ada tapinya.. Macam yang aku cakap kat atas tu, aku lambat dapat information through wassap group. Orang lain nak call aku pun susah. Hmm.. ada pro dan kontra. Takpalah, mungkin bilik aku ni takda line sebab dia nak suruh aku rajin-rajinkan diri ke Library. HAHA. Btw, lupa nak bagitau, wifi kolej kediaman aku adalah yang paling slowwwww berbanding kolej kediaman lain di dalam universiti aku ni.

P/S : Mungkin ada hikmahnya bilik aku ni takda line, so aku boleh fokus dalam belajar HAHAHAAA.


Sekian coretan hari ini
L.Y


Isnin, 21 Ogos 2017

Pesanan Universiti

Ogos 21, 2017 9 Comments
Assalammualaikum and Hye Bloggers !

(teringin nak ada meja belajar macam ni)


Aku merupakan salah satu penuntut Universiti di salah satu IPTA di Malaysia. Baru-baru ni ada sedikit isu mengenai kenaikan yuran universiti aku untuk semester ni berbanding semester lepas. Isu tu akhirnya reda selepas MPP memberi penjelasan yang bagi aku cukup mudah difahami ke mana sebenarnya wang itu digunakan. 

Ok, aku tak mau bahas sangat isu ni. Lets move !. Memandangkan baru-baru ni keputusan UPU baru keluar dan tak lama lagi pelajar-pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran tu akan mula melangkah ke alam universiti, jadi aku nak bagi sedikit pesan untuk anda dan termasuklah diri saya sendiri juga apabila berada di alam universiti, (aku tak panggil "tips" sebab aku ni tak layak bagi "tips"dekat orang) HAHA.

Kita dah masuk U ni, dan juga sudah bayar ribu-ribu ni aku harap la :

 1. Jangan escape kelas (kalau dekat U aku ni,3 kali escape kelas dah tak boleh ambil final exam).

2. Jangan suruh kawan sign kan kehadiran anda (dalam hidup kita perlu jujur kalau nak hidup kita tu berkat)

3. Jangan jadi free rider (aku dah ramai jumpa orang macam ni, lepas tangan dalam buat esaimen.Kalau taktau tanya, jangan diam saja 😡)

4. Jangan study last minute (ni pesanan untuk diri aku juga 😅, susah wei study last minute. Aku dah insaf)

5.  Jangan jadi mahasiswa 3K "Kuliah,Kafe,Katil" (tujuan utama kita masuk U ni kan untuk belajar, tapi janganlah jadi ulat buku sangat. Rajinkan diri juga join program-program anjuran kelab dalam universiti tu, yang penting kita dapat menimba sedikit pengalaman untuk kita guna juga dalam alam pekerjaan kita)

6. Jangan sombong (walaupun kau pandai dan dah dekan setiap sem, janganlah sombong dengan rakan-rakan yang lain, jangan tamak ilmu anda, manatau dalam diam mereka mendoakan anda. HIDUP ITU IBARAT RODA, kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Kita taktau) 

6. Jangan lupa call mak ayah (walaupun kau busy macam mana pun, jangan lupa luangkan masa call mereka walaupun sekejap. INGAT! tanpa mereka siapalah kita)

7. Last but not least, Jangan lupa Solat (solat tu sangat-sangat penting, jangan jadikan alasan anda busy untuk tinggalkan solat)

Enjoy zaman Universiti anda tapi jangan lupa tujuan utama kita masuk U. Percayalah, nanti kita dah kerja, zaman Universiti adalah zaman yang  paling kita akan rindu.

Aku rasa ni jelah pesanan yang aku boleh bagi, takmau panjang-panjang. Kalau ada yang nak tambah boleh tambah di komen kat bawah ye 😉. Lepas ni kalau aku rajin nak cerita pasal "pesan untuk menjadi roommate/housemate yang berjaya" HAHA.

"Enjoy the little things in life, for one day you'll look back and realize they were the big things"
-Robert Bmult-


Sekian coretan hari ini
L.Y

Rabu, 9 Ogos 2017

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Ogos 09, 2017 7 Comments
Assalammualaikum and Hye Bloggers !

http://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

Disebabkan aku ni baru saja bermula untuk berblogging, jadi secara rasminya ini adalah Giveaways pertama aku !! Nak jugalah cuba nasib join giveaways ni, manatau bertuah boleh dapat cekelat di samping dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger kan 😍. So, apa tunggu lagi?

Giveaway ini berlangsung bermula 25 Julai - 15 Ogos 2017. Dan senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa. Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2017 (Ahad),Insya'Allah.
3 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH melalui RANDOM.ORG.
Penenang bertuah akan menerima hadiah Coklat Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys

Isnin, 7 Ogos 2017

Blog Baru Cerita Baru

Ogos 07, 2017 7 Comments
Assalammualaikum and Hye Bloggers !


Salam perkenalan. Aku dulu pernah berblog pada tahun 2011/2012, ketika tu aku masih dalam tingkatan empat, zaman remaja yang baru nak up. Aku start berblogging dulu sebab "entah" just suka tengok famous blogger (jejariruncing, honeykoyuki) yang design blog mereka lawa-lawa, lepastu teringin nak ada blog sendiri. Lepas dah ada blog sendiri masa tu mula lah aku start isi blog aku dengan pengalaman harian aku yang tak berapa nak best, dengan gaya penulisan shortform yang masih belum matang masa tu.

Blog dulu bagi aku memang jauh berbeza dengan blog sekarang (bagi aku). Dulu blog aku sarat dengan lagu, sarat dengan cursor blink blink, dan juga salji yang jatuh jatuh dalam blog HAHA. Kebanyakan template yang aku hiaskan dengan blog aku dulu templat yang "comel" dengan HTML yang dipasang jauh lebih panjang berbandng sekarang yang lebih pendek dan mudah.

And now, aku sudah start dengan blog baru aku yang berwajah baru, dengan bantuan blogger Sii Nurul yang sangat sangat rajin, baik dan sabar melayan semua persoalan aku hingga lewat malam dan juga apabila ada saja layout aku yang hilang walaupun sebenarnya aku tersalah tekan saja. Iyalah, design layout zaman 2011 jauh berbeza dengan sekarang dan juga faktor umur yang meningkat menyebabkan penyakit pelupa aku ni makin teruk HEHE. 

Dengan adanya blog baru aku ni, Insha'Allah akan mengisinya dengan Coretan mengenai personal life, review, tutorial dll yang aku nak tulis dengan penulisan yang lebih matang, walaupun aku tau aku bukanlah seorang penulis yang baik dengan gaya penulisan yang tunggang langgang dan juga English yang biasa biasa saja. Tak apa, kita belajar perlahan lahan.

"Take small steps every day and you'll get there one day"
-Author Unknown-

"You can't start the next chapter of your life if you keep re-reading the last one"
-Author Unknown-


Sekian coretan hari ini
L.Y