Isnin, 7 Ogos 2017

# Coretan # Quotes

Blog Baru Cerita Baru

Assalammualaikum and Hye Bloggers !


Salam perkenalan. Aku dulu pernah berblog pada tahun 2011/2012, ketika tu aku masih dalam tingkatan empat, zaman remaja yang baru nak up. Aku start berblogging dulu sebab "entah" just suka tengok famous blogger (jejariruncing, honeykoyuki) yang design blog mereka lawa-lawa, lepastu teringin nak ada blog sendiri. Lepas dah ada blog sendiri masa tu mula lah aku start isi blog aku dengan pengalaman harian aku yang tak berapa nak best, dengan gaya penulisan shortform yang masih belum matang masa tu.

Blog dulu bagi aku memang jauh berbeza dengan blog sekarang (bagi aku). Dulu blog aku sarat dengan lagu, sarat dengan cursor blink blink, dan juga salji yang jatuh jatuh dalam blog HAHA. Kebanyakan template yang aku hiaskan dengan blog aku dulu templat yang "comel" dengan HTML yang dipasang jauh lebih panjang berbandng sekarang yang lebih pendek dan mudah.

And now, aku sudah start dengan blog baru aku yang berwajah baru, dengan bantuan blogger Sii Nurul yang sangat sangat rajin, baik dan sabar melayan semua persoalan aku hingga lewat malam dan juga apabila ada saja layout aku yang hilang walaupun sebenarnya aku tersalah tekan saja. Iyalah, design layout zaman 2011 jauh berbeza dengan sekarang dan juga faktor umur yang meningkat menyebabkan penyakit pelupa aku ni makin teruk HEHE. 

Dengan adanya blog baru aku ni, Insha'Allah akan mengisinya dengan Coretan mengenai personal life, review, tutorial dll yang aku nak tulis dengan penulisan yang lebih matang, walaupun aku tau aku bukanlah seorang penulis yang baik dengan gaya penulisan yang tunggang langgang dan juga English yang biasa biasa saja. Tak apa, kita belajar perlahan lahan.

"Take small steps every day and you'll get there one day"
-Author Unknown-

"You can't start the next chapter of your life if you keep re-reading the last one"
-Author Unknown-


Sekian coretan hari ini
L.Y

7 ulasan:

  1. cewahh tieee... hahaha ada dah kwn sy nie .. Good luck! Belajar pelan2 hehe :)

    BalasPadam
  2. Haha betul sis, blog skrg lain dr dulu, skrg dah mcm website kan, suka sangat sbb tak serabut otak masuk blog org, lebih relax. Keep on blogging sistur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya baru nak start berblogging lagi sis, mohon tunjuk ajar 😉

      Padam
  3. salam perkenalan Liza! Sangat lawa dan kemas dgn bunga2...suka tgk...hehe

    BalasPadam
  4. Wow rabia pun masih baru dalam blog ni..start menulis pada tahun 2016-2017.Go go blogging ya.

    https://robiahtul.blogspot.my/

    BalasPadam